Home Nasional “Saya semakin sihat,” kata ADUN Pilah

“Saya semakin sihat,” kata ADUN Pilah

Mohamad Nazaruddin Sabtu

SEREMBAN, 26 Nov (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah Mohamad Nazaruddin Sabtu hari ini memaklumkan bahawa beliau kini semakin sihat dan membolehkannya menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini.

Mohamad Nazaruddin berkata keadaan kesihatannya ketika ini adalah lebih baik berbanding sebelum ini.

“Kesihatan saya Alhamdulilah, sihat… sebab itu saya ada di sini, lebih baik dari sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keadaan kesihatannya selepas sesi pagi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Semalam tular sebuah video di laman sosial Facebook mengenai Mohamad Nazaruddin yang dikatakan enggan keluar dari kenderaan, bagi menghadiri persidangan DUN meskipun dilihat telah berada di perkarangan Wisma negeri.

Ketika ditemui pemberita, Mohamad Nazaruddin dilihat agak tidak bermaya dan hanya menjawab soalan secara ringkas.

— BERNAMA

Artikel berkaitan

Henti sebar khabar angin ADUN Pilah