Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan kerajaan belum menerima surat tuntutan maaf dari Indonesia ekoran insiden pergaduhan dikatakan berlaku selepas perlawanan bola sepak baru-baru ini.
Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun berkata pihaknya telah membuat permohonan maaf kepada Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) ekoran insiden itu.