Home Politik PKR Melaka desak dua Exco Kerajaan Negeri dikenakan tindakan

PKR Melaka desak dua Exco Kerajaan Negeri dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR – Majlis Kepimpinan PKR Melaka hari ini mendesak Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan terhadap dua Exco Kerajaan Negeri Melaka yang tidak menyokong usul yang dibentangkan Ketua Menteri, Adly Zahari.

Menurut Ketua Penerangan PKR Melaka, Mohamad Shari Md Isa, langkah itu wajar kerana kedua-duanya bertindak keluar dewan menyebabkan usul bagi melantik, Datuk Halim Bachik sebagai Senator Dewan Negara, gagal.

BACA: Tindakan Dua ADUN PKR Melaka menyedihkan – Anwar

“Pada 25 November 2019, Majlis Pimpinan PKR Negeri Melaka telah mengadakan satu, mesyuarat dan telah bersetuju sebulat suara mendesak agar Lembaga Disiplin PKR mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap mereka berdua.

“Ini kerana mesyuarat bersependapat bahawa tindakan mereka telah mencemarkan imej parti dan juga imej Datuk Seri Anwar lbrahim sebagai Presiden Parti seterusnya mencemarkan imej kerajaan Pakatan Harapan.

“Mesyuarat juga bersetuju bahawa tindakan mereka adalah tidak wajar kerana tidak menghormati keputusan PKR dan juga keputusan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Kemelut DUN Melaka belum berakhir

Isnin lalu, usul itu usul gagal diluluskan berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Datuk Ginie Lim Siew Lin bertindak keluar dewan sebelum usul berkenaan dibacakan.

Kedua-dua adalah ADUN yang mewakili PKR. – MalaysiaGazette