KUALA LUMPUR – Belum jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menunjukkan kediktatorannya.
Itu dakwaan bekas ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan parti itu memecat Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid.
“Pemecatan tanpa dipanggil membela diri beliau dari parti sangat kejam dan berbentuk keadilan rimba.
“Untuk pengetahuan semua, pemecatan tidak melalui proses yang betul ini sememangnya menjadi amalan parti sejak lama dulu. Saya sendiri pernah digantung tanpa dipanggil membela diri selama lebih setahun tahun sebelum dipecat pada Ogos 2016.
“Malah lebih lucu saya dipecat dua kali dalam sebulan, satu melalui surat yang mana tandatangan setiausaha agung dipalsukan dan kemudian dua minggu selepas itu dikeluarkan satu surat lain dengan tandatangan setiausaha agong yang sebenar.
“Saya masih menyimpan bukti ketika itu mengenai pemalsuan dan kemudian bagaimana setelah tercabar kerana saya kata setiausaha agong penakut dan mendiamkan jenayah pemalsuan tandatangan maka setiausaha agong keluarkan surat lain dengan tandatangan dia yang sebenar.
“Bukan sahaja tanpa dipanggil malah tanpa mesyuarat dan sokongan yang cukup majlis pimpinan pusat saya dipecat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod, kata Chegubard, bukan sahaja dirinya atau Zakaria sahaja dipecat tetapi ramai juga ahli PKR sudah mengalami nasib yang sama walaupun sudah berjuang lama namun hanya menegur maka dipecat tanpa proses yang betul.
“Saya dipecat kerana mempersoalkan orang yang mendapat payung kuning Anwar Ibrahim ketika itu. Bezanya kini orang yang mendapat keistimewaan dan kumpulanya pula menghadapi saat sukar bermula hanya kerana menegur Anwar dan tidak tunduk akur sepenuhnya. PKR makin parah amalan keadilan rimbanya sejak Anwar menjadi presiden,” ujarnya lagi.
Menurutnya, dahulu semua keputusan, Anwar akan mendahulukan kawan lama walaupun keputusan ada yang jelas tidak adil.
“Ini kerana semua keputusan berdasarkan siapa yang sanggup 100 peratus memacaikan diri dan keadaan tampah parah kerana kebanyakan pengampu keliling dia ialah aktivis reformasi 2008 dan 2018,” katanya.
Sementara itu, kata Chegubard, sekiranya benar parti membuat keputusan Timbalan Presiden PKR tidak dibenarkan merasmikan Kongres AMK dan Wanita 2019 maka berdasarkan perlembagaan tugas merasmi seharusnya diberikan pegawai parti mengikut hiraki kekananan.
“Jika Timbalan Presiden tidak boleh kenapa tidak diberikan kepada Naib Presiden menang bertanding seperti Tian Chua, Izzah, Zuraidah atau Xavier adakah mereka tidak layak?
“Tindakan memberikan tugasan merasmi itu kepada isteri Anwar (Azizah) yang tidak ada jawatan rasmi dalam parti dilihat sangat nepotisme. Walaupun Azizah ialah Timbalan Perdana Menteri tetapi ia adalah urusan parti bukan urusan kerajaan,” katanya.- MalaysiaGazette
tu belum jadi PM.baru YB biasa dah guna jet persendirian,ada penaja dah ke,hebat kan.. apa lagi selepas ini.