KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diperbesarkan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sudah meninggal dunia.
“Dia (Chin Peng) sudah mati. Banyak orang yang dulu dera kita macam orang Jepun apa semua. Tetapi kita lupakan yang lama. Bukan dia boleh buat apa dah.
“Cuma abu dia sahaja yang balik. Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint. Kenapa? Sebab dia Melayu kot? Ada lain lagi. Tapi Chin Peng memang kita tak mahu terimalah sebab dia ketua,” katanya sidang media bersama media Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul seperti dilapor Astro Awani.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis sudah mengenal pasti laluan dan tarikh abu mayat mendiang Chin Peng dibawa pulang ke Perak.
Huzir juga berkata, pihaknya bersama Polis Kontinjen Perak sedang menjalankan siasatan lanjut bagaimana abu mayat berkenaan boleh lolos ke Malaysia dari Thailand.
Sementara itu, Dr, Mahathir tidak menolak kemungkinan ada pihak yang membesar-besarkan isu itu kerana mempunyai agenda tersendiri.
Menurut beliau, tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng adalah di luar kawalan mana-mana pihak.
“Macam mana kita nak tahu? Dia bawa abu dalam flusk dan kita tak tahu siapa yang nak tengok. Kalau nak buang abu tu, buang lah,” katanya. – MalaysiaGazette
Abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, ditabur di Lumut
Madey kalau bercakap gaya ni… Tau lah tu… Yg bawa abu tu dlm pengetahuan madey… Dpt restu madey utk LKS dgn LGE bawa balik abu tu puiiii….