“MABA akan terus bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan penyiasatan ini. MABA tekad dengan pendirian bahawa insiden ini tidak disengajakan oleh pihak kami dan adalah disebabkan kecuaian.
“Pihak MABA akan mengambil langkah sepatutnya untuk memperbaiki prosedur persatuan dan meningkatkan kemahiran kakitangan kami demi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini pada masa hadapan,” kata MABA dalam satu kenyataan.
MABA juga turut menamatkan kontrak, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan ‘penstriman langsung’ ketika perasmian kejohanan itu.
Insiden yang berlaku ekoran syarikat terbabit telah menghasilkan serta memaparkan paparan Jalur Gemilang yang salah pada skrin diod pancaran cahaya (LED) semasa lagu kebangsaan dimainkan.
“MABA telah menamatkan kontrak mereka pada hari kejadian. Pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya berdasarkan keputusan siasatan yang sedang dijalankan,” kata kenyataan itu. – Bernama