TERKINI : Dewan Sejuk “Punca MP Tak Duduk Lama” – Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR – “Bukan mudah untuk kami duduk lama-lama sebab kadang-kadang sejuk duduk di dalam Dewan Rakyat. Saya rasa ini perkara normal (tidak cukup kuorum).

“Selalunya jumlah kita cukup tapi kadangkala, bila anda menjadi Ahli Parlimen, anda akan faham.”

Itu jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamad Hanipa Maidin.

Beliau ditanya tentang isu tidak cukup kuorum dalam sidang Dewan Rakyat semalam sehingga hampir menggagalkan proses meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.