Home Ekonomi IPO Saudi Aramco untuk pelabur runcit terlebih langganan

IPO Saudi Aramco untuk pelabur runcit terlebih langganan

RIYADH – Tawaran awam permulaan (IPO) Saudi Aramco yang diperuntukan kepada pelabur runcit mencatatkan lebihan langanan, dengan tempahan mencecah Riyal 38.1 bilion (AS$10.2 bilion), kata ketua pengurus, Samba Capital.

Syarikat minyak gergasi Arab Saudi itu yang merancang menjual 1.5 kepentingannya atau kira-kira 3 bilion saham berkata, sekurang-kurangnya sepertiga penjualan itu dijangka dilanggan pelabur runcit, lapor Reuters.

Dengan harga indikatif antara Riyal30 hingga Riyal32 sesaham, IPO itu bernilai Riyal96 bilion (AS$25.6 bilion) yang mana nilai pasaran firma itu berjumlah antara AS$1.6 trilion hingga AS$1.7 trilion.

Ia akan menjadi IPO terbesar dunia jika nilainya melepasi AS$25 bilion yang direkodkan Alibaba dari China pada 2014.

KIra-kira 4.17 juta pelabur runcit melanggan 1.19 bilion saham pada pukul 12 tengahari semalam, menyuntik Riyal6.13 bilion yang mana ia melebihi jumlah yang diperlukan untuk keseluruhaan, kata Samba. – Agensi