Home Ekonomi Daimler pula kurangkan pekerja

Daimler pula kurangkan pekerja

Daimler AG
Daimler AG

FRANKFURT – Daimler akan mengurangkan seramai 10,000 orang pekerja di seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun.

Pengurangan itu selari dengan trend industri bagi membolehkan pelaburan dalam kenderaan elektrik dibuat.

Selain itu, keputusan tersebut dibuat disebabkan penurunan jualan.

Ini merupakan pengumuman ketika dibuat oleh syarikat kenderaan Jerman kerana memerlukan pelaburan besar dalam teknologi bersih dan pemanduan sendiri disebabkan permintaan di China susut dan kesan perang perdagangan antara Washington dan Beijing yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

“Industri automotif sedang mengalami sejarah transformasi terbesar,” kata Daimler.

Daiumler adalah pemilik Mercedes Benz, yang mendedahkan pengurangan sebanyak 3% pekerja selepas mencapai perjanjian dengan kesatuan-kesatuan sekerja.

Katanya, mereka bersetuju dengan pelbagai pendekatan untuk pengurangan kos dan pekerjaan termasuk meluaskan pesaraan pekerja separuh masa,

Ia juga mengurangkan 10% jawatan pengurusan di seluruh dunia.

Pengurangan kakitangan dijangka dalam lingkungan lima digit atau sekurang-kurangnya 10,000 orang, kata Wilfried Porth, ahli lembaga sumber manusia.

Daimler memiliki 304,680 orang kakitangan pada akhir suku ketiga.

Pelan pemberhentian Daimler pada bulan November mensasarkan untuk mengurangkan kos kakitangan sekitar 1.4 bilion euro pada akhir tahun 2022. – MalaysiaGazette