Perkataan ‘Koperasi’ akan dimasukkan ke dalam Kementerian Pembangunan Usahawan dan dijangkakan ia akan berlaku pada tahun depan.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dr Mohd Hatta Ramli, banyak permintaan disuarakan majoriti dari kalangan ahli koperasi telah mendapat persetujuan daripada Menterinya Datuk Seri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Kini tambah beliau, cadangan yang telah dipersetujui itu perlu melalui proses kelulusan di peringkat kabinet dalam masa yang terdekat sebelum diwartawakan.