KUALA LUMPUR – PAS akan menghantar delegasi terbesar ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 di Pusat dagangan Dunia Putra bermula Jumaat ini.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengetuai Jawatankuasa Pusat, Pemuda dan Muslimat ke perhimpunan itu.
“Selamat datang ke himpunan sebuah perjuangan,” katanya dalam akaun Twitter.
Selain itu, lebih dari 500 petugas media dari dalam dan luar negara sudah mendaftar untuk membuat liputan perhimpuan tersebut.
Berikutan itu, katanya, laman media akan diseddiakan bagi memudahkan petugas media yang membuat liputan.
Sementara itu, Annuar berkata, seramai 6,000 perwakilan dan lebih 6,000 pemerhati akan menghadiri perhimpuan tersebut. – MalaysiaGazette
Hebat Terbaik Tahniah Muafakat Nasional terus di war2kan sempena PAU 2019.
Masa yang sesuai untuk tangkap mana-mana Yb yang belum istihar harta.,sebab semua berkumpul dalam satu majlis….haha