Home Nasional Kanak-kanak dikhuatiri lemas, tergelincir semasa cuci tangan di sungai

Kanak-kanak dikhuatiri lemas, tergelincir semasa cuci tangan di sungai

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir di sungai Kampung Pagar, Penjom di Kuala Lipis, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang hanya dikenali sebagai Dhia Atila dipercayai terjatuh pada 10.25 pagi, semasa hendak mencuci tangan di tebing sungai itu.

“Difahankam mangsa bersama tujuh rakannya pergi ke kebun bapa salah seorang rakannya yang berhampiran sungai itu pada pagi ini, sebelum dia dan dua lagi rakan terjatuh semasa mencuci tangan.

“Seorang penoreh getah yang berada berhampiran mendengar mereka meminta tolong dan segera menurunkan sampan untuk menyelamatkan mangsa, namun hanya sempat menarik dua kanak-kanak itu,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini.

Azli berkata, setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan melibatkan pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung. – Bernama