HARRIS – Seekor paus mati selepas terdampar di Isle of Harris dengan ‘sampah’ di dalam perutnya,
Jaring ikan, tali, bungkusan makanan, beg dan cawan plastik antara barangan yang ditemui di dalam perut paus tersebut.
Penemuan bangkai paus di pantai Seileboast itu menunjukkan lautan sedang mengalami pencemaran yang kritikal.
Anggota Skim Struktur Haiwan Laut Scotland (Smass), sebuah organisasi yang menyiasat kematian paus dan ikan lumba-lumba telah membedah ikan paus itu untuk menentukan punca kematiannya.
“Jumlah plastik di dalam perut mengerikan telah merosakkan sistem penghadamannya.
“Yang pasti sampah-sarap di laut telah menjejaskan kehidupan marin,” kata SMASS.
Sampah-sarap yang ditemui dalam perut paus itu dipercayai dari darat dan industri perikanan.
SMASS berkata, jumlah ikan lumba-lumba dan paus yang terdampar di Scotland semakin meningkat.
Terdapat 204 laporan pada 2009 dan meningkat kepada 930 pada tahun lalu. – MalaysiaGazette