KUALA LUMPUR – Segala pindaan atau pemansuhan sesuatu akta perlu dibuat secara berhati-hati bagi memastikan ia terus menjaga hak, kepentingan dan keselamatan rakyat secara keseluruhan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lima akta telah dikenalpasti untuk dipinda atau dimansuhkan dan ia akan mengambil masa.
Misalnya, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747) atau lebih dikenali sebagai SOSMA digubal dan diluluskan bertujuan untuk menentang perbuatan subversif dan tindakan yang
memudaratkan ketenteraman awam.
“Pihak Kementerian Dalam Negeri terutamanya pihak Polis Diraja Malaysia berpendirian SOSMA ini masih diperlukan dalam mengekalkan ketenteraman awam, menjamin keselamatan dan membendung aktiviti jenayah di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan lisan pertama Dewan Rakyat hari ini.
Mahathir menjawab soalan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu (PKR) yang maju tahu mengenai status pemansuhan akta tersebut seperti mana tertulis dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini PH ingat meminda atau memansuhkan Akta Hasutan 1948 [Akta 15]; Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297]; Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]; Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747) dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776). – MalaysiaGazette