Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menghalang bekas Pengerusi Tetap, Mizan Adli Mohd Noor untuk menghadiri Kongres yang akan diadakan di Melaka, Jumaat ini.
Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata Mizan boleh hadir cuma sebagai ahli parti dan bukanlah atas kapasiti bekas Pengerusi Tetap.