TERKINI : Pembangkang Sambut Baik Kerajaan Tangguh RUU IPCMC – Ismail Sabri

Sekumpulan ahli Parlimen Pembangkang hari ini menyambut baik penangguhan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Ketuanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembangkang sebelum ini menerusi Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, jelas menilai RUU ini dalam Jawatankuasa Pemilih Parlimen.