Kerajaan mewartakan sebuah taman awam berskala besar di Bukit Kiara di sini, sebagai Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK). Menteri Wilayah Persekutuan, Abdul Khalid Samad ketika mengumumkan perwartaan itu berkata, TPBK yang berkeluasan 404.29 ekar melibatkn tujuh lot tanah kerajaan.