Home Utama Anwar nafi bersama Yusoff, berkempen di Port Dickson ketika itu

Anwar nafi bersama Yusoff, berkempen di Port Dickson ketika itu

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Muhammed Yusoff Rawther yang beliau telah melakukan ‘salah laku seksual’ terhadap bekas penyelidiknya itu.

Anwar berkata pada hari kejadian yang didakwa Muhammed Yusoff  itu beliau berada di Port Dickson untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam Muhammad Yusoff mengadakan sidang media mendakwa seorang pemimpin politik melakukan perbuatan tidak bermoral terhadapnya.

Beliau membuat dakwaan itu melalui akuan bersumpahnya (SD) bertarikh 19 Novermber.

BACA: Datuk saudara percaya Yusoff Rawther dimanipulasi pihak tertentu

BACA: ‘Pendedahan’ Muhammad Yusuff bertujuan cemar imej PKR – Farhash

Dalam pada itu, Anwar berkata pegawainya akan membuat satu laporan polis mengenai dakwaan itu.

“Setiausaha Sulit saya, Shukri Saad akan membuat laporan polis pagi ini berhubung isu yang dibangkitkan dan peguam saya, Ramkarpal Singh juga akan mengutuskan surat tuntutan daripada Muhammed Yusoff Rawther,” kata Anwar lagi.

Mohd Yusoff Ali bercakap pada sidang media berkenaan pendedahan skandal ahli politik di Hotel Tune, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 04 DISEMBER 2019

Datuk saudara Muhammed Yusoff, Mohideen Abdul Kader semalam turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang dilakukan olehnya selepas lebih setahun kejadian yang didakwa. -MalaysiaGazette