
SYDNEY – Australia akan mengurangkan jumlah jabatan kerajaan pada tahun depan untuk memberi tumpuan kepada kesinambungan dasar dan meningkatkan perkhidmatannya.
Perdana Menterinya, Scott Morrison berkata, jabatan-jabatan kerajaan akan dikurangkan kepada 14 mulai 1 Februari 2020 berbanding 18 sekarang.
“Saya mahukan perkhidmatan awam yang memberi tumpuan kepada kesinambungan dasar dan penyampaian perkhidmatan,” katanya kepada media di Canberra. – MalaysiaGazette