Home Dunia Pelayar tentera tembak mati dua kakitangan

Pelayar tentera tembak mati dua kakitangan

Sekatan jalan di laluan masuk pangkalan tentera Pearl Harbor selepas insiden tembakan menyebabkan dua maut. foto Agensi

HAWAII – Seorang pelayar menembak mati dua pekerja sebelum membunuh dirinya di pangkalan tentera Pearl Harbor dekat, Honolulu.

Suspek juga melepaskan tembakan kepada pekerja ketiga dilaporkan cedera.

Insiden itu menyebabkan Pangkalan Tentera Pearl Harbor-Hickam yang terletak di Pulau Oahu ditutup.

Setakat ini identiti yang terlibat dalam insiden yang berlaku pukul 2.30 petang waktu tempatan itu masih belum disahkan.

Tiga mangsa itu adalah kakitangan awam di jabatan pertahanan.

Pegawai tentera laut, Robb Chadwick berkata, pihaknya tidak pasti sama ada mangsa menjadi mangsa suspek atau ditembak secara rambang.

Bagaimanapun, suspek bersenjata itu telah dikenalpasti sebagai pegawai keselamatan yang ditugaskan di kapal selam USS Columbia.

Kapal selam sedang menjalani penyelenggaraan di pangkalan, laporan media Amerika Syarikat.

Insiden itu berlaku tiga hari sebelum ulang tahun ke-78 serangan Jepun ke atas stesen tentera laut Pearl Harbor, yang menyebabkan lebih 2,300 warga Amerika Syarikat maut.

Serangan mengejut pada 7 Disember 1941 itu telah menyebabkan Amerika Syarikat mengisytiharkan perang terhadap Jepun dan mencetuskan perang dunia kedua. – MalaysiaGazette