TERKINI : Kepada Siapa Nak Kita Wariskan Parti UMNO – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menzahirkan kerisauan dirinya berhubung kepada siapa parti itu akan diwariskan untuk masa depan.

Katanya, kebimbangan itu ada asasnya kerana kepimpinan adalah persoalan kelangsungan dan kesejahteraan UMNO.

Jelas beliau, kerja berat parti sebagai sebuah pergerakan politik Melayu ialah untuk melahirkan kepimpinan pelapis yang benar-benar boleh memimpin tanah air ini, bukan sekadar bangsa dan parti sahaja.

“Hanya kepimpinan Melayu dengan pemikiran termaju akan menjadikan kita sebuah bangsa yang berdaya tahan.