Home Utama Usul rujuk Tajuddin ke jawatankuasa Parlimen lulus tanpa bahas

Usul rujuk Tajuddin ke jawatankuasa Parlimen lulus tanpa bahas

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Usul merujuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diluluskan tanpa dibahaskan di sidang terakhir Dewan Rakyat hari ini.

Usul itu dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran pada pukul 5.20 petang tadi sebelum disokong oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu.

Ia kemudiannya terpaksa diluluskan dengan persetujuan majoriti selepas wakil rakyat pembangkang yang berada di dalam dewan membantahnya.

Usul yang dibawa wakil rakyat DAP Ipoh Barat itu kemudian dikemukakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kepada perbahasan ahli-ahli dewan.

BACA: Tajudddin digantung dua hari gara-gara soalan adakah abu Chin Peng di dahi Rayer

Beliau telah membenarkan seorang ahli parlimen dari setiap parti dengan hanya lima minit dihadkan untuk berbahas sebelum meminta Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh (PH) memulakannya.

Gara-gara tidak berpuas hati tindakan pemimpin kerajaan yang mahu menghukum Tajuddin kali kedua selain dengan had masa dan pembahas sekadar seorang dari setiap parti, beberapa wakil pembangkang mula bangun membantah Kor Ming dan menganggapnya tidak profesional.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar bangun menyatakan rasa tak puas hati dan mempersoalkan berapa kali hendak ‘menghukum’ Tajuddin sedangkan dia sudah digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama dua hari.

“Bukit Gelugor(Rankarpal)  kamu peguam yang hebat dan bijak, jawab sekarang bagaimana seorang itu boleh dihukum dua kali untuk kesalahan sama, jawab sekarang,” jerit Noh sebelum mikrofonnya ditutup Kor Ming.

Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah (BN) pula  menuding jari ke arah Kor Ming menjerit melemparkan kata kata:” Speaker tak adil speaker, kamulah.. kamulah punca segala-galanya.”.

Ramkarpal terus mencelah mendakwa perbuatan pembangkang yang menjerit-jerit itu jelas menunjukkan mereka mahu mengganggu perbahasannya.

“Saya tak akan ambil masa lama, apa berlaku jelas semuanya atas rekod hansard dewan dan bukan sahaja di situ tetapi juga tersebar dalam media sosial itu perkara yang pasti Pasir Salak (Tajudin) tidak boleh nafikan,” dakwanya sebelum Tajuddin bangun mempersoalkan kewajaran mahu merujuk beliau ke jawatankuasa dewan.

Selepas menyedari nasihat dan saranannya kepada pembangkang untuk bertenang dan bekerjasama dalam perbahasan tidak dapat dikawal, Kor Ming menegur bahawa sikap mereka diperhatikan dan dinilai oleh rakyat.

“Saya bukan nak tentukan hukum Pasir Salak, hanya nak tentukan sama ada nak rujuk ke Jawantankuasa Hak dan Kebebasan atau tidak itu sahaja. Kenapa ahli-ahli berhormat kata dihukum?

“Jika ahli-ahli berhormat pembangkang terus nak teriak sebegini, saya akan minta pergi kepada penggulungan dan buka undi.

“Apabila teliti keadaan dewan dapati pembangkang tak berminat berbahas maka saya kemukakan kepada dewan diputuskan usul kelulusan,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Abu di dahi Rayer: Kulasegaran bawa usul rujuk Tajuddin ke jawatankuasa

1 Komen

  1. Aku tgok ph jadi krjaan. Dewan dah jadi mcn serkah… Mmg dapig puak2 perosak lh.. Smua nya bodoh… Mentri cap ayam dan spker mcn org tak skolh.. Sbb jadi mp hnya nak wang dan kuasa bkn utk kptgan rakyat.. Terutama mp2 ph terutama dapig.. Mcn sial.. Mcn ni ke sbgai sorg mp.. Ingat pru15 aku dn rakyat akn tolak mp bodoh2 ni.. Terutama dapig dan pan..

Comments are closed.