Home Dunia Kebakaran di New South Wales masih berlarutan

Kebakaran di New South Wales masih berlarutan

masih berlarutan sejak Oktober lalu. fotO Agensi

SYDNEY – Kira-kira 100 kebakaran belukar berlaku di New South Wales (NSW) di Australia dengan situasi parah di pinggir Sydney.

Lebih 2,000 anggota bomba sedang ‘bertempur’ dengan kebakaran yang semakin meningkat.

Bandar terbesar di Australia ini diliputi oleh asap tebal sepanjang minggu.

Enam orang telah terbunuh dan lebih daripada 600 rumah telah dimusnahkan sejak kebakaran berlaku pada bulan Oktober lalu.

Lebih daripada 1.6 juta hektar tanah di NSW telah dibakar. Kebakaran juga berlaku di Queensland, Victoria, Australia Selatan, Australia Barat dan Tasmania.

Kebakaran yang berlarutan ini menyebabkan kualiti udara Sydney melepasi paras bahaya beberapa hari ini.

Malah, jumlah pesakit di hospital-hospital meningkat 10 peratus pada minggu lalu akibat masalah pernafasan.

Bandar NSW telah pun berada pada kedudukan ke-19 dalam ranking pencemaran udara bandar terburuk – di atas Shanghai dan Mumbai. – MalaysiaGazette