Home Politik Kekecohan semasa Kongres Nasional AMK biadab, kata Anwar

Kekecohan semasa Kongres Nasional AMK biadab, kata Anwar

Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya Lembaga Disiplin PKR menyiasat insiden pergaduhan melibatkan ‘pemerhati’ berbaju hitam dengan perwakilan berbaju rasmi parti tengahari tadi.

Dalam satu kenyataan, Anwar berkata beliau telah menerima laporan mengenai kekecohan itu yang berlaku semasa Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019.

“Ingin saya maklumkan perlakuan biadab ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.

“Jesteru saya telah meminta Lembaga Disiplin Parti untuk mengambil tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kekecohan antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019

Ahli Parlimennya Port Dickson itu merujuk mengenai dakwaan pukul memukul antara kedua-dua pihak yang berlaku di pekarangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di mana Kongres Nasional PKR berlangsung.

LENSA MG | TRAGEDI “Kongres AMK atau Perlawanan MMA?”

Malah ada yang sehingga berdarah kepala kerana dilempar batu.

Justeru itu, Anwar menggesa agar pihak polis membuat siaran segera untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. -MalaysiaGazette