Home Dunia Lebih 50 ekor beruang kutub berkeliaran di kampung Ryrkayliy

Lebih 50 ekor beruang kutub berkeliaran di kampung Ryrkayliy

Sekumpulan beruang kutub yang ditemui di perkampungan Ryrkaypiy,. foto Agensi

MOSCOW – Lebih daripada 50 ekor beruang kutub berkeliaran di sebuah perkampungan di utara Rusia.

Berikutan itu semua aktiviti awam di Ryrkayliy di rantau Chukotka dibatalkan.

Sekolah-sekolah turut diberi kawalan untuk melindungi penduduk daripada ancaman beruang.

Aktivis pemuliharaan alam sekitar menyatakan perubahan iklim dan pencairan ais sebagai punca beruang-beruang berkenaan mencari makanan di kawasan penduduk.

Pakar-pakar lain pula berkata, penduduk Ryrkaypiy harus dipindahkan secara kekal memandangkan beruang semakin kerap berkeliaran di kawasan berkenaan.

Tatyana Minenko, ketua program ronda beruang Ryrkaypiy memberitahu, kira-kira 56 ekor beruang kutub berada di kampung itu.

“Ada beruang dewasa dan muda…terdapat beruang betina dengan anak-anaknya yang berbeza usia,” katanya sambil menambah beruang-beruang tersebut kurus.

Beruang kutub biasanya tinggal di Cape Schmidt, hanya 2.2 km (2.1 batu) dari Ryrkaypiy.

Bagaimanapun, menurut WWF, kawasan itu kini berada dalam cuaca panas yang luar biasa.

“Jika ais di sana mencukupi, beruang, sudah pergi ke laut, di mana mereka boleh memburu anjing laut,” kata jurucakap WWF. – MalaysiaGazette