AYER KEROH – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertindak meninggalkan Kongres Nasional bersama tiga Naib Presiden dan 22 MPP hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, beliau kecewa kerana kongres bertindak melanggar persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak pada perjumpaan dengan Anwar pada 4 Disember lalu.
“Harapan kami supaya ucapan dasar Presiden patut beri fokus kepada hala tuju yang lebih inklusif ternyata meleset sama sekali.
“Presiden sebut kisah Si Kitul jelas terus beri serangan peribadi kepada anggota PKR. Sesi penganugerahan di kongres juga provokatif,” katanya dalam siang media di sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), hari ni.
Hadir sama dua Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua, Ali Biju bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), R Sivarasa.
Kenyataan itu turut ditandatangani oleh 22 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Ketua Wanita PKR, Haniza Talha, Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham.
Malah kata Azmin, ucapan Presiden hanya mengangkat satu impian sahaja dan melemparkan tohmahan kepada pemimpin.
Azmin berkata tindakan itu diambil setelah presiden gagal untuk memenuhi kerangka dan parameter yang telah dipersetujui dalam mesyuarat dengan Anwar.
“Kegagalan presiden penuhi janjinya untuk patuh kepada kerangka dan parameter perubahan yang dipersetujui bersama.
“Kami buat keputusan adalah tidak munasabah untuk kami terus berada dalam dewan perbahasan dengan kenyataan provokatif yang ditonjolkan dalam kongres ini,” katanya lagi.
Azmin mendakwa mesyuarat yang dihadiri beliau dengan Anwar telah menetapkan empat persetujuan antaranya, meneruskan tradisi Timbalan Presiden untuk merasmikan sayap Wanita dan AMK.
Kedua, perbahasan daripada perwakilan hanya akan menumpukan kepada isu dan dasar untuk mempersada serta mengukuhkan parti.
Ketiga, kedua-dua pemimpin bersetuju supaya komposisi pembahas yang akan dijadualkan akan adil dan menjunjung agenda parti.
Akhir sekali adalah tidak membenarkan mana-mana perwakilan bertindak menyinggung mana-mana pihak dalam sesi perbahasan, hari ini. -MalaysiaGazette
jom keluar PKR JOIN PAS aje.
join DAP lagi baik
Bgus.. Mari pakat ramai2 masuk mufakat nasional bersama bn pas… Insylah rakyat dn negara selamat.
Azmin dah takut perwakilan buat ucapan isu Semburit ker.. Perwakilan berhak utk buat ucapan tanpa sebarang paksaan. Mcm mn parti nk berubah kalo ada kekangan.
1. TINGGALKAN PKR.
2. UNDI TAK PERCAYA.
3. BUBAR PKR.