KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya menggondol 9 pingat menerusi kesemua 9 produk inovasinya yang dipertandingkan di Seoul International
Invention Fair 2019 (SIIF).
SIIF 2019 merupakan anjuran Korea Invention Promotion Association (KIPA) berlangsung di COEX, Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
UTeM telah berjaya memperolehi 9 pingat yang mana satu Anugerah Khas, 2 pingat emas, 4 pingat perak dan satu pingat gangsa.
Anugerah Khas (Polish Inventor & Rationalizer, Poland) dimenangi oleh kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan menerusi produk mereka,
Kiss Fabrics.
Manakala 2 pingat emas UTeM dimenangi oleh kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Noorli Khamis dari Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan UTeM dengan produk inovasi beliau iaitu MUETLex dan satu lagi adalah produk inovasi A New Class of
Microwave Bio-Sensor with High-Measurement Accuracy for Material Properties Detection hasil penyelidikan dari kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dr. Zahriladha Zakaria dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi.
Empat pingat perak diraih menerusi produk inovasi kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Dr. Hadzley Abu Bakar iaitu Green Zichro Cutting Tool, produk inovasi Sucak-Super Can Ke hasil penyelidikan kumpulan yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob, Innovation On Visual Perception Diagnostic Tool for Autistic Detection dari kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Faaizah Shahbodin dari Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik UTeM.
Produk inovasi A Simple Pico Hydro System for Low Head Low Flow Water Resources dari kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Ir. Dr. Mohd Farriz Basar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Dua pingat gangsa pula menerusi produk inovasi Origami CP Seater yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik yang ketuai oleh penyelidik UTeM, Mohd Azlan Mohamed dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan satu lagi adalah
produk inovasi Light Weight Front Lower Control Arm hasil penyelidikan kumpulan yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shukor Salleh dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan.
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim gembira dengan kejayaan ini dan mengucapkan tahniah dengan kemenangan ini, sekali gus melonjakkan nama UTeM di persada dunia.
Menurut beliau, pencapaian ini menjadi momentum kepada barisan penyelidik UTeM untuk terus cemerlang mengukir kejayaan di pentas inovasi selanjutnya kerana UTeM terus memperkasakan budaya penyelidikan dan inovasi secara berterusan. – MalaysiaGazette