AYER KEROH – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahm berkata Kongres Nasional PKR hari ini masih dalam landasan apabila lebih 80 peratus perwakilan masih bersama-samanya, hari ini.
Anwar berkata demikian setelah melihat ramai di kalangan pemimpin utama antaranya Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dua Naib presidennya, Zuraida Kamaruddin dan Ali Biju tidak berada di kerusi masing-masing.
“Memang dua hari yang melelahkan (Kongres Nasional PKR) tetapi kalau dilihat sidang pagi ini, lebih 80 peratus perwakilan mendaftar, saya yakin parti masih dalam landasan.
“Saya akui seperti yang disebut kawan-kawan parti yang harungi banyak ujian. Ingin parti reformasi, semua berani belaka dan ruang ini tidak semestinya negatif. Kita tidak boleh banding parti ini dengan parti lain,” katanya ketika ber ucapan dalam sesi penggulingan Kongres Nasional PKR, di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), hari ini.
Azmin dan sekutunya tidak hadir dalam sesi penggulungan hari ini sehinggakan sesi penggulungan sayap wanita diwakili oleh Naib Ketuanya, Sangheta Jayakumar.
Malah Azmin juga tidak menyampaikan ucapan penggulungan atas kapasiti Timbalan Presiden apabila tidak berada di kerusinya.
Anwar berkata, beliau akan mengambil pendekatan lebih tegas kepada 12 peratus pemimpin dan perwakilan yang tidak hadir dalam Kongres hari ini.
“12 peratus yang tidak mahu hadir kita dekati ini bukan displin dalam parti, melainkan mereka rasa tidak sesuai dengan kepimpinan.
“Tindakan saya tentunya lebih tegas daripada sebelum ini,” katanya lagi. -MalaysiaGazette
dismisss aje pemimpin tak hadir. pemimpin yg hadir perlu integriti dan bertaqwa dan fokus NO LIBERAL.