KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima anugerah Ikon Kraf terbaik tahun 2019 di New Delhi, India semalam.
Daripada tujuh peserta yang disenarai pendek untuk anugerah berprestij anjuran kerajaan India sempena Minggu Kraf India dan juga Hari Kraf Sedunia, baginda memperolehi markah tertinggi untuk menerima anugerah tersebut.
Dalam ucapannya,baginda menyatakan tersentuh hati dan rendah diri kerana dipilih untuk menerima anugerah anjuran Majlis Kraf Sedunia.
“Saya difahamkan menerima pencalonan dari enam hingga tujuh negara dan saya menerima markah tertinggi.jadi terima kasih.
“Anugerah ini bukan untuk saya seorang sahaja, tapi anugerah ini adalah untuk milik rakyat semua di Malaysia.
“Saya tidak mungkin dapat mencapai tahap ini tanpa sokongan dan bantuan semua penasihat dan rakyat saya di Malaysia, maka anugerah Ikon Kraf tahun 2019 ini perlu pergi kepada Malaysia, terima kasih,” katanya.
Klip video majlis penerimaan anugerah tersebut dimuat naik sendiri dalam laman twitter baginda.
Video berdurasi 2 minit 20 saat itu telah ditonton lebih 10,000 pengikut setia baginda.
Baginda juga merakamkan penghargaan kepada penghuni-penghuni penjara Penor dan Bentong, Pahang yang merupakan punca dipilih sebagai penerima anugerah tersebut.
“Terima kasih kepada penghuni-penghuni di Penjara Penor dan Bentong…kerana mereka saya terima anugerah Craft Icon of the Uear,” titah baginda.
Baju kurung yang direka baginda dan ditenun oleh penghuni Penjara Penor, Pahang untuk dipakai semasa istiadat pemashyuran Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang diPetuan Agong ke-16 ipamerkan di ruang kraf pemenang anugerah di Delhi. – MalaysiaGazette
to Malaysia ….. Craft Icon of the Year pic.twitter.com/extDfqTnGB
— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 7, 2019