TERKINI : Ekonomi Malaysia Luar Biasa “Hanya Ganyang Anwar Ibrahim” – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata beliau tidak tahu sama ada topik yang dikupas dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) anjuran Datuk Seri Azmin Ali berkaitan dengan agenda membangunkan rakyat.

Katanya, beliau juga tidak tahu sama ada ketua setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau pengarah bahagian berkenaan ada memberi kupasan topik tersebut dalam majlis tersebut.

Sebaliknya, Saifuddin berkata, apa yang dibacanya menerusi media majlis itu berkisar kepada ucapan pemimpin parti dan penjelasan kemakmuran bersama itu adalah ekonomi Malaysia lebih maju kalau Anwar terus diserang.

“Saya pun baru tahu semalam tentang perjumpaan Wawasan Kemakmuran Bersama jadi kita bersangka baik barangkali itu merupakan penerangan merapatkan jurang ekonomi penduduk bandar dengan luar bandar.