Home Ekonomi AirAsia lancar SNAP tawar pakej penerbangan, hotel

AirAsia lancar SNAP tawar pakej penerbangan, hotel

KUALA LUMPUR – AirAsia memperkenalkan SNAP, nama baharu bagi pakej penerbangan + hotel di airasia.com yang menawarkan harga pakej yang terendah sebagai sebahagian daripada komitmen yang berterusan airasia.com untuk menjadi platform perjalanan dan gaya hidup di Asia Pasifik.

Tempah penerbangan pergi balik dengan penginapan hotel 3 hari, 2 malam daripada serendah RM149 ke Langkawi, RM189 ke Surat Thani, RM289ke Krabi, RM419 ke Bali, RM1, 39 ke Maldives dan banyak lagi.

Ketua Komersial Serantau AirAsia Amanda Woo berkata, SNAP menawarkan lebih penjimatan dan kemudahan berbanding tempahan penerbangan dan hotel yang dilakukan secara berasingan.

Selain memperluaskan tawaran gaya hidup di airasia.com, AirAsia memastikan pakej pelancongan berpatutan untuk para penumpang dengan menyediakan tawaran yang lebih menarik.

Menurutnya, SNAP akan membolehkan para penumpangnya merancang percutian tanpa kerumitan dan dengan kadar penerbangan + hotel yang terbaik di airasia.com.

Bagi mereka yang masih mempertimbangkan percutian akhir tahun atau percutian pada awal tahun 2020, ini adalah peluang yang tepat untuk menempah beberapa pakej yang hebat.

Tambang promosi SNAP boleh didapati di airasia.com mulai hari ini sehingga 15 Disember 2019, dan perjalanan di antara 11 Disember 2019 dan 28 Februari 2020. – MalaysiaGazette

+ posts