KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Wan Ismail Wan Mahmud, ayah kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah meninggal dunia awal pagi ini.
Berita sedih ini dipetik daripada Facebook Timbalan Perdana Menteri.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Mustaqim di 26 Jalan Putra 2, Taman Nirwana, Ampang, untuk disolatkan pada pukul 9 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana. – MalaysiaGazette