SANTIAGO – Tentera Udara Chile melaporkan kehilangan sebuah pesawat kargonya yang menuju ke sebuah pengkalan di Antartika.
Seramai 38 orang berada dalam pesawat tersebut.
Pesawat Hercules, C130, berlepas dari bandar Punta Arenas pada pukul 4.45 petang waktu tempatan dan hilang perhubungan sejurus selepas pukul 6 petang.
“Terdapat 38 orang berada dalam pesawat yang mana 17 orang adalah krew penerbangan dan 21 orang adalah penumpang,” kata Tentera Udara Chile dalam kenyataan seperti dipetik Reuters.
Keadaan berjaga-jaga diisytiharkan selepas perhubungan dengan pesawat tersebut terputus dan mis mencari dan menyelamat digerakkan.
Pesawat tersebut menyediakan sokongan logistik untuk penyelenggaraan kemudahan Chile di pengkalannya di Antertika. – Agensi