Home Politik PH bergaduh, semakin banyak pelabur lari – Najmil

PH bergaduh, semakin banyak pelabur lari – Najmil

Dr. Najmil Faiz

KUALA LUMPUR – Gara-gara parti dalam Pakatan Harapan (PH) acap bergaduh, para pelabur didakwa terus menarik diri daripada Bursa Malaysia.

“Pelabur asing terus menarik diri daripada Bursa Malaysia dengan angka aliran keluar meningkat hampir sekali ganda kepada RM700.2 juta dari Isnin hingga Khamis berbanding RM422.2 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama minggu sebelumnya,” kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed.

Selain itu, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiada lagi bantuan untuk orang miskin juga dilihat antara salah satu faktornya.

“Pak Wan (Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusoff) pula menghabiskan duit rakyat hampir RM20 juta untuk kereta terbang yang gagal dan memalukan negara,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya hari ini.

Justeru, beliau menasihati rakyat supaya bertabah dan bersama-sama menumbangkan kerajaan PH pada PRU-15 nanti.

Sementara itu, secara sinikal beliau juga menganggap PH kehilangan pakar formula apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah mengumumkan akan bersara dari dunia politik.- MalaysiaGazette