KUALA LUMPUR – Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) 1981 sepatutnya dikemaskini dengan memberi penjelasan yang lebih mengenai bidang kuasa dan hala tujunya.
Menurut pelakon, Gibran Agi, akta yang telah lama tidak dipinda itu kabur dalam pelbagai aspek sehingga boleh menimbulkan kesangsian.
Justeru Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ujarnya perlu mempertimbangkan cadangannya itu.
“Akta Finas sudah lama, kita kena buat suatu padanya definisi filem tidak boleh pakai sebenarnya itu perkara dasar sebenarnya.
“Ini menjadikan masalah industri kreatif tidak ada satu ekosistem yang baik tetapi menjadi caca marba,” katanya yang juga seorang peguam.
Beliau juga menjadi penasihat undang-undang kepada tujuh persatuan pengkarya filem yang membuat sidang media hari ini yang mengkritik kepimpinan Finas.
Menurut Gibran, sekiranya tidak ada perubahan yang boleh dilakukan kepada Finas maka jalan terbaik adalah dengan memansuhkan badan tersebut.
Mengulas pertikaian yang dikatakan berlaku di antara Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham, beliau berkata, meskipun mempunyai kuasa yang tertinggi namun Hans secara moral perlu memastikan situasi dalam badan tersebut sentiasa terkawal.
Ia termasuk tidak 100 peratus mencampuri kuasa CEO Finas.
“Memanglah Hans saya yakin dia faham bidang kuasanya bahawa dia boleh atasi tugas CEO tapi dari segi moral dia kena kawal keadaan pastikan aman semuanya,” katanya lagi.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: