“Apa yang kami mahukan adalah keadilan untuk dia (Yusoff Rawther) dan polis sedang menyiasat ke arah itu.
Jika benar apa yang dikatakan oleh Yusoff adalah benar maka polis akan bertindak dengan mengesyorkan apa jua tindakan kepada jabatan Peguam Negara.
“Di satu lagi aspek, Yusoff bukan budak kecil dia sedar sekiranya tampil dengan kenyataan salah dan pembohongan dia akan menanggung akibatnya.
“Lagipun, dia sudah mengambil pendirian berani melaporkan kepada polis dan akuan bersumpah dan hari ini tampil bekerjasama memberi keterangan yang diperlukan polis dan polis siasat dalam semua peruntukan bermula dengan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
“Maka biar polis menyiasat secara adil dan telus serta tampil dengan kesimpulan kerana apa yang anak guam saya mahukan adalah keadilan di sisi undang-undang,” tegasnya.