Home Dunia Pesawat kargo Tentera Udara Chile dipercayai terhempas

Pesawat kargo Tentera Udara Chile dipercayai terhempas

Pesawat Hercules C130

SANTIAGO – Pesawat kargo tentera Udara Chile disyaki terhempas ketika dalam perjalanan menuju ke pengkalan di Antartika, kata Tentera Udara negara itu hari ini.

“Pesawat itu dikhuariti terhempas. Kami membuat kesimpulan itu memandangkan jumlah bahan api dan otonomi kapal terbang itu sudah habis.

“Dengan itu sudah pasti pesawat itu terhempas,” kata jeneral Francisco Torres seperti dipetik CNN pada sidang akhbar kepada sebuah televisyen tempatan semalam.

Pesawat Hercules, C130, berlepas dari bandar Punta Arenas pada pukul 4.45 petang waktu tempatan dan hilang perhubungan radio serta radar sejurus selepas pukul 6 petang waktu tempatan.

Terdapat 38 orang berada dalam pesawat yang mana 17 orang adalah krew penerbangan dan 21 orang adalah penumpang.

Mereka sedang dalam perjalanan untuk mengendalikan sokongan logistik antaranya membaiki jajaran paip minyak terapung yang menyalurkan bahan api untuk pengkalan itu.

Keadaan berjaga-jaga diisytiharkan selepas perhubungan dengan pesawat tersebut terputus dan misi mencari dan menyelamat digerakkan.

Kedudukan terakhir pesawat itu dikeesan pada 390 batu nautika dari Puntas Arenas dan 280 batu Nautika dari pengkalan Antartika.

Tentera Udara juga menggerakkan sumber udara di Santiago dan rantau Magallanes di Selatan Chile.

Presiden Chile, Sebastian Pinera dalam twitter semalam menegaskan bahawa dia sedang berbincang dengan pasukan keselamatan untuk memantau misi mengesan dan menyelamat mangsa.

Pihak berkuasa udara dan laut sedang giat mencari mangsa di lokasi terakhir pesawat hilang dari radar dan ahli keluarga kesemua mangsa telah dimaklumkan.

Argentina, Uruguay dan Amerika Syarikat turut menyertai misi menjejaki mangsa, kata kenyataan media tentera udara Chile. – Agensi