KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat menjalani pembedahan apendisitis hari ini.
Kenyataan satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan itu telah selesai menjalani pembedahan tersebut.
Menurutnya, keadaan Syed Saddiq dilaporkan stabil dan memerlukan ruang rehat secukupnya.
“Alhamdulillah pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil.
“Kami memohon agar beliau diberikan ruang berehat dalam tempoh pemulihan ini dan tiada pelawat dibenarkan buat seketika waktu,” tegas kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette