Home Dunia 2 lagi mangsa letusan akan dikesan dalam masa terdekat

2 lagi mangsa letusan akan dikesan dalam masa terdekat

Gambar kawasan letusan gunung berapi di Pulau Putih, New Zealand yang diambil pada 12 Disember 2019. foto Agensi

SYDNEY – New Zealand akan kembali ke Pulau Putih secepat mungkin untuk mengesan dua lagi mangsa letusan gunung berapi di situ.

Menteri Luar Australia, Marise Payne berkata, pasukan tentera New Zealand gagal mengesan dua lagi mayat disebabkan kekangan peralatan dan tempoh masa terhad untuk berada di kawasan itu.

“Mereka tidak dapat mengesan dua lagi oleh kerana keterbatasan peralatan dan keperluan untuk menyelesaikan operasi dalam tempoh tertentu.

“Tetapi mereka akan kembali secepat mungkin,” katanya yang mengulas mengenai dua lagi mayat yang dipercayai masih berada di kawasan letusan gunung berapi tersebut. – MalaysiaGazette