Home Utama Lima fokus perubahan besar berjaya dicapai KPM

Lima fokus perubahan besar berjaya dicapai KPM

Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya mencapai sasaran lima fokus perubahan besar yang ditetapkan sepanjang tahun ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, fokus itu adalah mengembalikan cinta ke dalam pendidikan Orang Kurang Upaya, B40,murid, guru dan kualiti pengajaran serta pembelajaran.

Fokus lain, kata beliau, adalah Pembelajaran Reformasi Sistem Reformasi Digital Peningkatan Pencapaian Sekolah Daif TVET (pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional).

Ujar beliau, fokus yang turut dicapai adalah Autonomi dam Akauntabiliti Pengajian Tinggi Aktivisme Siswa, Malaysia Membaca dan Manifesto.

“Pendidikan berubah begitu pantas dan walaupun kita terpaksa mengejar Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dan mengajarkan anak-anak kita coding dan alat pendidikan masa depan tetapi yang akan membentuk negara bangsa kita adalah pendidikan karakter.

“Hanya melalui pendidikan karakter, saling menghormati sesama kaum di negara ini dapat dikekalkan. Oleh sebab itulah kita menekankan aspek kegembiraan, kasih sayang dan hormat-menghormati.

“Pendidikan masa depan bukan semata-mata mengenai dunia moden tetapi juga adalah untuk mengekalkan kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pencapaian Kementerian Pendidikan Tahun 2019 di sini hari ini.

Mazslee menambah, kementerian juga berjaya menutup jendela 2019 dengan lima fokus itu terkandung di dalamnya sebanyak 53 inisiatif pembaharuan dalam sistem pendidikan kita.

Namun tegas beliau, masih banyak yang perlu pihaknya melakukan dan pencapaian itu hanyalah permulaan.

“Terima kasih kepada pengurusan tertinggi kementeria, semua pegawai kementerian, semua pendidik dan kepada semua rakyat Malaysia yang memungkinkan kejayaan ini.

“Apa juga yang kita lakukan hari ini, semuanya adalah untuk anak-anak kita di sekolah dan universiti,” katanya. – MalaysiaGazette