Home Utama Kes Adib: Jangan nanti rakyat anggap ada ‘tangan ghaib’ kawal undang-undang

Kes Adib: Jangan nanti rakyat anggap ada ‘tangan ghaib’ kawal undang-undang

Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Status kes kematian Allahyarham Muhammad Adib masih menjadi tanda tanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sudah lebih tiga bulan sejak Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian anggota bomba itu yang terlibat dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tetapi sehingga kini ia masih tidak diketahui susulannya.

“Sehingga kini Peguam Negara masih gagal memulakan pendakwaan terhadap suspek malah lebih menjadi tanda soal di manakah keberadaan suspek yang menyebabkan kematian Adib? Mereka dibebaskan atas jaminan pihak polis tetapi di manakah mereka?

“Adakah kes ini akhirnya nanti akan terus sunyi dan akhirnya tiada pembelaan? Pihak Peguam Negara juga harus membuat kenyataan kenapa sehingga kini tiada sebarang arahan untuk kes ini dibicarakan?,” ujar beliau menerusi satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Naib Presiden UMNO itu mendesak agar kes berkenaan disegerakan agar rakyat tidak terus menganggap ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengawal undang-undang negara.

“Kes Arwah Adib juga perlu disegerakan bagi membuktikan kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan benar-benar mengamalkan ketelusan dan tidak mengamalkan rule of jungle.

“Rakyat nak tahu.. rakyat tertunggu-tunggu. Kematian Adib harus dibela,” katanya.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Jatuhan kan ph.. Sumbat sekali AG dlm pjara.. AG tahi kucing punya.. Org ko tak lyk lh jadi AG.. Undang2 ciptaan sendiri, bkn undang2 yg mgikut keadilan dan ketelusan… Harap mahathir pecat AG tak blh pakai dan tak guna satu sen pun..

Comments are closed.