Home Seni Hidup Nora kehilangan anak selepas suami

Nora kehilangan anak selepas suami

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff Johan meninggal dunia pagi ini.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Nora menerusi Instagramnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu pernah kehilangan suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dua tahun lalu.

“Allah uji saya lagi, anak aya Aliff Johan baru saha hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin,” kata Nora sambil menangis.

Difahamkan, jenazah Aliff kini sedang diuruskan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Nora sebelum ini kehilangan Johan yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017. – MalaysiaGazette