Home Sukan EPL: Chelsea tewas di halaman sendiri

EPL: Chelsea tewas di halaman sendiri

Skuad kendalian Frank Lampard kalah di halaman sendiri kepada Bournemouth dalam akso EPL semalam.

LONDON – Prestasi Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris makin mundur apabila sekali lagi kalah mengejut di halaman sendiri kepada Bournemouth.

Dalam aksi di Stamford Bridge malam tadi the Blues kendalian Frank Lampard tewas tipis 0-1 kepada pasukan pelawat itu.

Gol tunggal Borunemouth itu hadir menerusi Dan Gosling diberikan Pembantu Pengadil Video (VAR) mengejutkan tuan rumah.

Keputusan itu menamatkan lima perlawanan terakhir tanpa menang dengan tiga mata penting.

Kali terkahir Bornemouth menang adalah apabila mereka menewaskan Manchester United di tempat sendiri.

Skuad Lampard yang leka kreativiti dan kelajuan aksi dihukum pasukan pelawat.

Selepas dilanyak Everton minggu lalu, the Blues sekali lagi tewas di Stamford Bridge akibat masalah di bahagian pertahanan.

Kini Chelsea perlu membaiki kebocoran di bek pertahanan dengan membeli pemain baharu yang mampu menyelesaikan masalah itu pada Januari ini.-MalaysiaGazette