Home Nasional Azilah hina mahkamah, AG kena ambil tindakan

Azilah hina mahkamah, AG kena ambil tindakan

memoirs of former Attorney General (AG), Tommy Thomas, My Story: Justice in the Wilderness be prevented or stopped by an interim injunction? ACAB Anti-Corruption Advisory Board
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Peguam mewakili Abdul Razak Baginda mahu Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Azilah Hadri.

Ia kerana perbuatan bekas polis itu membuat kenyataan berhubung satu akuan berkanun (SD) yang disabitkan membunuh, kata peguam, Manjeet Singh Dhillon.

Menurutnya, perbincangan mengenai dakwaan Azilah bersifat prejudis terhadap perbicaraan satu saman sivil yang difailkan oleh keluarga Antantuya Shaariibuu, warga Mongolia yang dibunuh oleh Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar sewaktu mereka berkhidmat dalam Unit Tindakan Khas polis.

Semasa perbicaraan kes tersebut, mahkamah diberitahu bahawa Altantuya mempunyai hubungan dengan Razak, lapor FMT hari ini.

Dalam SD yang didedahkan kepada umum hari ini, Azilah mendakwa bahawa Najib, yang merupakan menteri pertahanan ketika itu, mengarahkan beliau membunuh Altantuya.

Manjeet berkata, perkembangan itu “membabitkan dan memberi kesan” ke atas perbicaraan yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan bersifat menghina mahkamah.

Keluarga Altantuya memfailkan saman sivil sebanyak RM100 juta terhadap Azilah, Sirul, Razak dan kerajaan Malaysia.

Manjeet berkata, “peguam negara yang terlibat dalam saman sivil ini hendaklah mengambil langkah segera dan memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap semua pihak yang membuat kenyataan berkaitan dan memprejudiskan perbicaraan.

Bagaimanapun pihaknya masih belum meneliti SD berkenaan dan polis juga masih belum berbuat demikian.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis perlu teliti SD Azilah sebelum ambil tindakan