Home Nasional Bayi tersembam dalam tong sampah meninggal dunia

Bayi tersembam dalam tong sampah meninggal dunia

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

IPOH, 16 Dis — Kematian seorang bayi perempuan berusia lapan bulan selepas terjatuh dari katil dan tersembam ke dalam tong sampah di rumah pengasuhnya di Jalan Pasir Pinji, di sini, Sabtu lepas dikenal pasti akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Hospital Pakar Komuniti Perak pada 9 pagi semalam mengesahkan sebab kematian adalah kerana ‘Asphyxza’ iaitu kelemasan.

Katanya pada hari kejadian, bayi yang baru pandai merangkak itu ditinggalkan tidur di atas katil dengan dikelilingi bantal tinggi sebagai penampan pada 5 petang sebelum ditemui dalam tong sampah di tepi katil dengan keadaan tertonggeng kira-kira 6.15 petang.

“Darah terkumpul di paru-paru (bayi) menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dan hasil bedah siasat tidak menemukan kesan penderaan atau kesan lain pada tubuh mangsa, fizikal bayi perempuan itu berada dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut A Asmadi, bayi tersebut dihantar ke rumah pengasuh berumur 45 tahun itu sejak berusia 30 hari dan jika wanita itu keluar bekerja, mangsa dijaga oleh anak perempuan pengasuh yang berumur 24 tahun.

“Semasa hari kejadian hanya anak pengasuh berada di rumah dan menurutnya kejadian itu (bayi jatuh katil) tidak disedari kerana tiada sebarang bunyi tangisan kedengaran,” katanya.

A Asmadi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pihak polis juga telah memeriksa rumah satu tingkat dengan lima bilik itu. – MalaysiaGazette