Home Dunia AS pantau Korea Utara secara dekat

AS pantau Korea Utara secara dekat

Kim Jong-un dan Donald Trump semasa pertemuan mereka kali pertama di Singapura pada Jun 2018. foto Reuters

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata, beliau akan kecewa jika sesuatu ‘dilakukan’ di Korea Utara.

Menurutnya, Amerika Syarikat (AS) sedang memantau aktiviti-aktiviti di negara itu.

“Saya akan kecewa jika sesuatu dilakukan dan jika ia berlaku, kami akan menguruskannya.

“Kami memantaunya secara dekat,” kata Trump.

Ketegangan di Semenanjung Korea meningkat sejak beberapa minggu ini, menimbulkan kebimbangan wujud pertikaian yang berlaku sebelum Washington dan Pyongyang mengadakan diplomasi pada tahun lalu.

Utusan khas AS untuk Korea Utara, Stephen Biegun, tiba di Seoul pada hari Ahad lalu di tengah spekulasi bahawa beliau cuba menyelamatkan rundingan dengan menghubungi Korea Utara, yang berikrar mengambil jalan baru yang tidak dinyatakan jika Washington gagal bertoleransi dengan pendiriannya sebelum akhir tahun ini. – MalaysiaGazette