Home Sukan Serie A dikritik guna wajah monyet dalam kempen anti-rasis

Serie A dikritik guna wajah monyet dalam kempen anti-rasis

Penggunaan wajah monyet dalam kempen anti rasis oleh Serie A Itali menerima kritikan hebat sejak akhir-akhir ini.

ROM – Tindakan Serie A menggunakan foto wajah monyet dalam kempen anti-rasis kurang tiga minggu selepas kelab-kelab dalam Liga Itali itu berazam menangani masalah serius yang mempengaruhi bola sepak Itali menerima kritikan hebat.

Poster ‘No to Racism’ itu memaparkan wajah tiga monyet yang dicat pada muka sebagai bahan kempen, dianggap janggal didesak disemak semula.

Lukisan wajah monyet itu akan dipamerkan di ibu pejabat Serie A di Milan.

“Sekali lagi liga bola sepak Itali menyebabkan dunia terkejut. Agak sukar untuk menentukan apa yang sedang difikirkan oleh Serie A.

“Tidak pasti dengan siapa mereka (Serie A) berunding (poster wajah monyet),” dakwa sebuah pertubuhan anti diskriminasi.

Dakwa pertubuhan bebas itu, dalam sebuah negara yang pihak berkuasa gagal menangani unsur rasis, pelancaran kempen seumpama dilihat sebagai kelakar dan tidak sihat.

“Pemilihan wajah monyet untuk kempen anti-rasism satu tindakan t merendahkan rakyat warisan Afrika.

“Tiba masanya kelab progresif dalam Serie A menunjukkan suara mereka.

Tindakan Serie A yang tampil dengan wajah monyet dalam memerangi rasism dilihat sebagai tindakan tidak wajar.

“Kami harap Serie A menyemak semula penggunaan bahan kempen itu dan menggantikan dengan bahan grafik yang lebih sesuai untuk kempen,” tegas pertubuhan itu.- MalaysiaGazette