Home Asnb Agihan pendapatan ASB sebanyak 5 sen seunit, bonus 0.50 sen

Agihan pendapatan ASB sebanyak 5 sen seunit, bonus 0.50 sen

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (kiri) bersama Presiden PNB, Jalil Rasheed mengumumkan pengagihan pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit pada kemas kini 4Q2019 dan Pengumuman Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Menara PNB, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2019 sebanyak 5.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 2019.

Jumlah itu adalah 5.00 sen seunit bagi agihan pendapatan dan 0.50 sen seunit bagi bonus.

Pengumuman agihan itu selari dengan ramalan para penganalisa pasaran berikutan prestasi Bursa Malaysia yang sangat lemah sejak awal tahun.

Setakat hari ini, penanda aras Indeks FBMKLCI telah menurun sebanyak 7.2 peratus, menjadikannya indeks terlemah di dunia.

PNB memperuntukkan jumlah agihan sebanyak RM9 bilion bagi agihan pendapatan ASB yang akan dimanfaatkan 10 juta pelabur.

Tahun lepas, ASB mengagihkan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Pelabur perlu realistik dengan kadar agihan pendapatan ASB

Urus niaga ASB ditangguh mulai hari ini