
KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menangguhkan urus niaga Amanah Saham Bumiputera mulai hari ini hingga 1 Januari 2020.
Menurut Facebook ASNB, penangguhan itu dibuat bertujuan pengiraan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
Pembukaan semula urus niaga pada 2 Januari 2019.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Zeti Akhtar Aziz dijangka dijangka mengumumkan agihan pendapatan ASB pada pukul 2 petang ini.
ASB adalah unit amanah yang dikhusus kepada pelabur Bumiputera berharga tetap RM1 seunit.
Dianggarkan bilangan pelabur ASB kini berjumlah lebih 10 juta. – MalaysiaGazette