Home Nasional Adnan Mat, Presiden CUEPACS baharu

Adnan Mat, Presiden CUEPACS baharu

Adnan Mat

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mendapat presiden baharu iaitu Adnan Mat dalam pemilihan badan itu yang dijalankan semalam.

Adnan yang memperoleh 676 undi menewaskan empat calon lain, iaitu Zainal Ismail (381), Mohd Razali Singah (190), Abdul Malik Mohamed Zin (87) dan Datuk Ahmad Shuffir Zakaria (45).

Sementara itu, bagi jawatan nombor dua badan itu pula dimenangi oleh Aminuddin Awang mendapat 766 undi sekaligus melayakkan dilantik sebagai Timbalan Presiden Cuepcas I manakala Zulkifli Mohamed pula dengan 756 undi sebagai Timbalan Presiden Cuepacs II.

Bagi jawatan Setiausaha Agung yang dikosongkan oleh Adnan pula hanya menerima satu pencalonan sahaja menang tanpa bertanding iaitu Abdul Rahman Mohd Nordin.

Adnan Mat
Presiden CUEPACS yang baru, Adnan Mat (dua kanan) pada Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke 28 sesi 2019-2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 DISEMBER 2019

Kesemua pemilihan jawatan kuasa tertinggi badan itu dijalankan sempena Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-28 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Berikut adalah senarai penuh jawatankuasa tertinggi Cuepacs bagi sesi 2019-2022:

Presiden: Adnan MatTimbalan Presiden I: Aminuddin AwangTimbalan Presiden II: Zulkifli Mohamed
Setiausaha Agung: Abdul Rahman Mohd NordinTimbalan Setiausaha Agung I: Mohd Fadli Mohd NoorTimbalan Setiausaha Agung II: Harry Tan Huat HockTimbalan Setiausaha Agung III: Reostam Azahar
Setiausaha Kewangan: Roslan Nordin  Timbalan Setiausaha Kewangan: Md Hisham Othman
-MalaysiaGazette